YANGON: Kerajaan junta tentera yang melakukan kudeta ke atas kerajaan Myanmar menyekat akses Facebook dan WhatApp mulai hari ini, Khamis.

Kementerian Komunikasi dan Informasi Myanmar dalam suratnya kepada penyedia media sosial itu mengatakan tujuan sekatan adalah untuk kestabilan.

Mengutip Reuters, surat yang dikeluarkan sehari selepas kudeta itu mengatakan ada kumpulan mengganggu kestabilan negara dengan menyebarkan berita palsu dan maklumat yang salah menumbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

Sumber lain menyebut turut disekat ialah Messenger, Instagram dan WhatsApp.

Di Myanmar terdapat 27 juta pengguna Facebook.

Sebelum ini, kajian kumpulan hak asasi manusia PBB mengakui mesej kebencian di muat naik di Facebook sebagai kunci menyebar kekerasan di Myanmar.

Sementara, Facebook mengakui menghapus kandungan mesej yang menyokong kudeta.