KUCHING: Sejak tahun 2015, sebanyak  46.7 peratus  atau  444 kes rogol di negeri Sarawak membabitkan teman lelaki dan 4.9 peratus atau  45 kes rogol membabitkan  bapa kandung, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menurut  Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak dalam satu kenyataan, 2.6 peratus atau 25 kes ialah bapa tiri, 0.1 peratus atau satu kes  ialah anak sendiri, 2 peratus atau 19 kes ialah datuk,  3.2 peratus atau 30 kes  ialah bapa  saudara, 0.6 peratus atau 6 m kes ialah abang ipar, 1.1 peratus kes ialah abang kandung,  29.8 peratus kes ialah orang yang dikenali, dan 5.8 peratus atau 55 kes ialah  orang yang tidak dikenali.

“Sebagai rumusan, 92.6 peratus pelaku kes rogol ialah orang yang dikenali atau rapat dengan mangsa,” jelas Fatimah lagi.

Katanya, 14.3 peratus ialah pelaku  yang menyumbang kepada kes sumbang mahram — pelaku yang mempunyai talian atau hubungan  mengikut undang-undang atau adat dengan mangsa.

Katanya, jenayah sumbang mahram  ialah kesalahan menutut Seksyen 376B Kanun keseksaan dan jika sabut kesalahan boleh dihukum penjara selama 10 hingga 30 tahun  dan sebatan.