JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 103 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 103. 92  juta kes.

Jumlah kematian pu8la sudah mencecah 2.24 juta.

Data terbaharu Worldometers  menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 26. 91 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.78  juta kes dan Brazil dengan 9.23  juta kes manakala negara yang melebihi angka tiga juta kes adalah United Kingdom, Rusia dan Perancis.

UK merekodkan 3.83 juta kes, Rusia  3.86 juta kes dan Perancis 3.20 juta kes.

Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih dua juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.