YANGON: Sekali lagi pemimpin de facto Aung San Suu Kyi ditahan tentera Myanmar (Tatmadaw) dalam kudeta oleh tentera pada Isnin.

Turut ditahan dalam kudeta yang diumumkan berlangsung setahun itu ialah Presiden Win Myint.

Myamnar kini diperintah Panglima Tentera Myanmar, Jenderal Min Aung Hlaing di bawah pentadbiran tentera menurut Reuters.

Stasen televisyen milik tentera menyebut berlaku kecurangan pada pilihan raya umum 8 November 2020 dengan Tatmadaw tidak berpuas hati ke atas hasil pungutan suara itu.

Tatmadaw mendakwa terdapat jutaan pemilih palsu dalam daftar pilihan raya dan menuntut Jawatankuasa Pilihan Raya Umum Myanmar memberikan daftar pemilih akhir untuk disahkan.

Sebelum ini, jurucakap tentera Myanmar mengancam bertindak jika keluhan tentang pilihan raya tidak dikabulkan.

Myanmar menerapkan dasar baharu demokrasi bermula 2008 membenarkan penglima tokoh politik menyertai pilihan raya setelah lama berada di bawah pemerintahan junta tentera.