YANGON: Warga asing yang tinggal di Yangon turut panik sehingga membeli banyak barangan asas di pasar raya ekoran khuatir berlaku rusuhan susulan pengumuman kudeta oleh tentera.

Kudeta terbaharu Myamnar kali ini adalah berkaitan ketidakpuasan hati tentera ke atas keputusan pilihan raya November lepas yang dimenangi Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD).

Tentera menuduh berlaku penipuan senarai daftar pengundi dan kini menahan pemimpin de facto Aung San Suu Kyi serta beberapa pemimpin lain pada pagi Isnin.

Warga Myanmar dilaporkan kebingungan dan marah dengan situasi kudeta dengan kerajaan kini mengambil alih kuasa pemerintahan.

Majoriti pendukung Suu Kyi khuatir berlaku tunjuk perasaan dan rusuhan.

Tentera turut mengepung Balai Kota Yangon dengan sejumlah trak dan van tentera.

Kuasa pemerintahan Myanmar kini disandang Panglima Tentera Myanmar, Jenderal Min Aung Hlaing yang mengumumkan status darurat setahun.