ANGKA kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 2.237,083  kes.

Berdasarkan data Worldometers, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 452,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 224,000 kes, manakala India, Mexico dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

India telah merekodkan 154,000 kes kematian, Mexico lebih 158,000 kematian dan United Kingdom lebih 106,000 kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.

Itali merekodkan lebih 88,000 kematian, Perancis lebih 75,000 kematian, Rusia lebih 72,000 kes kematian, Iran,  lebih 57,000 kes, Sepanyol lebih 58,000 kematian, Jerman lebih 57,000 kematian dan Colombia lebih 53,000 kes kematian.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.