WASHINGTON: Mantan presiden AS Donald Trump terancam diusir dari Mar-a-Lago Palm Beach setelah sebahagian warga di situ menolak rancangan beliau bermukim tetap di situ.

Mar-a-Lago ialah penginapan dan bangunan bersejarah AS yang diubah Trump menjadi kelab elit pada 1993.

Sebagai rekod, majoriti 56 peratus warga Mar-a-Lago penyokong Presiden Joe Biden dalam pilihan raya lepas.

Trump disebut kerap melanggar syarat kerana tinggal di Mar-a-Lago tujuh hari berturut-turut atau lebih 21 hari secara total dalam setahun.

Ketika tidak lagi menjawat jawatan presiden Trump tinggal di Mar-a-Lago sejak 20 Januari 2021 serta tidak menghadiri pelantikan Presiden Joe Biden.

Memetik CNN, pegawai pengelola Palm Beach Krik Blouin sedia meninjau isu tersebut. Beliau mengaku hal tersebut diteliti oleh peguam Skip Randolph.

Sementara, The Trump Organization, membantah menyatakan tiada dokumen melarang Trump tinggal di hartanah miliknya sendiri.