KUALA LUMPUR: Umno ternyata sebuah parti yang kekal relevan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14.Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah lama Umno  ‘dimuziumkan’ namun berbekalkan semangat ahli parti yang tidak berputus asa, parti ini kembali bangkit semula.

“Jelasnya tidak, Umno  tidak mengalah. Panji-panjinya terus berkibar dengan semangat baharu.

“Pemimpin Umno pelbagai peringkat Pusat, Bahagian, Cawangan yang setia terus bertahan dan menggasak,” katanya menerusi satuhantaran di Facebook.

Menurutnya, berbekalkan iltizam serta semangat sebagai satu pasukan, fitnah yang dilemparkan kepada parti dapat diatasi tanpa gentar.

“Biarpun depan mata menyaksikan ramai sahabat perjuangan bertempiaran menyelamatkan diri,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut mengucapkan terima kasih kepada ahli parti yang kekal bersam-sama  beliau demi mempertahankan perjuangan.

“Allhamdulillah, kini Umno semakin jauh keterhadapan. Jauh dari tebing nan mendukacitakan.

“Terima kasih semua. Perjuangan agama, bangsa dan negara tidak pernah luntur. Kerana itu kita tidak goyah dan masih di sini.

“Kita bersama teruskan momentum UMNO. Kita teruskan pelayaran ini. Kepada Allah SWT kita bertawakal,” katanya.