KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mendesak kerajaan agar kerajaan memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 sebagaimana yang telah dimasyhurkan untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan tertentu tanpa mengenakan sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru.

“Apa guna Proklamasi Darurat jika tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat?

“Apa guna Ordinan Darurat jika pihak-pihak tertentu dibiarkan mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat?,” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

“Di mana jaminan Menteri Kewangan pada bulan 5 lepas yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiada caj tambahan dikenakan setelah berunding dengan industri bank?,” tanyanya lagi.

Malah tambahnya lagi, banyak juga aduan yang menzahirkan bahawa moratorium yang ditawarkan oleh bank-bank kali ini bukanlah penangguhan pembayaran balik tanpa caj tambahan, tetapi seolah-olah seperti penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman (restructuring atau refinancing) di mana tempoh bayaran balik dipanjangkan dengan kadar pembiayaan yang lebih tinggi dikenakan.

“Ini bagaikan mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat!

“Adakah anda bersetuju? Atau apakah anda juga hadapi isu yang sama?,” soalnya kepada pengguna media sosial di dalam statusnya itu.