Saturday, May 8, 2021

Piala Presiden: Latihan bermula Isnin, kata FAS

Mesti baca

LATIHAN pemain skuad Piala Presiden 2021/Sukma 2022 akan bermula Isnin depan (1 Februari).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Phillip Jabu memberitahu, sesi latihan bersambung kembali Isnin depan.

Menurut Phillip, sebagai mana sebelum ini latihan masih berpandu kepada norma baharu serta mengikut prosedur operasi standart (SOP) ditetapkan.

“Pemain akan kembali menjalani latihan bermula hari Isnin depan.

“Seperti kebiasaan mereka dibahagi kepada kumpulan masing-masing,” ujar Phillip ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Sambil menyatakan setiap kumpulan terdiri dari sepuluh orang, Phillip pada masa sama mengakui program latihan dilaksanakan terhadap pemain untuk peringkat awal ini terarah kepada pembentukan tahap kecergasan.

“Oleh kerana pemain baru kembali bercuti, dan seperti biasa latihan diperingkat awal ini tertumpu kepada pembinaan kembali kecergasan mereka,” tambah Phillip lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru