JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 102 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global mencecah 102,003,144.

Data  Worldometers setakat pagi ini  menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 26.33 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.72  juta kes dan Brazil dengan 9  juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka tiga juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.

Rusia telah merekodkan 3.79 juta,  United Kingdom 3.74 juta dan Perancis 3.13 juta.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan,Iran, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Czechia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Filipina, Bangladesh dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi,Austria, Arab Saudi, Serbia, Hungary, Panama, dan Jordan.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.