Sunday, July 3, 2022

Aktiviti pengimarahan ditangguh, bilangan jemaah terhad di Masjid Al-Muslihin Dalat

Secara Rawak

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan semua aktiviti pengimarahan di Masjid Al-Muslihin Dalat, Mukah ditangguhkan berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Februari 2021.

MIS dalam kenyataan hari ini berkata, ia termasuk aktiviti ceramah, kuliah, kelas, bacaan Yaasin dan lain-lain.

“Selain itu, bilangan jemaah yang hadir untuk Solat Jumaat dan Solat Lima Waktu turut dihadkan dengan tidak melebihi 12 orang.

“Mereka yang hadir terdiri daripada jawatankuasa pengurusan masjid, Imam (I, II & III), Bilal dan Marbot sahaja,” kata MIS.

Menurut MIS, arahan itu dilaksanakan berikutan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Mukah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir.

MIS menjelaskan bahawa gugur tuntutan wajib mengerjakan Solat Jumaat bagi sesiapa yang tidak memperolehi kouta jemaah sebaliknya hanya wajib mengerjakan solat Fardhu Zohor sebanyak empat rakaat seperti diputuskan Lembaga Fatwa Negeri Sarawak (LFNS).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru