PBB: Badan Kesihatan Dunia (WHO) menyebut sejumlah varian baharu Covid-19 yang mudah menular sudah tersebar cepat di banyak negara.

WHO pada Rabu mengaku varian baharu Covid-19 iaitu VOC 202012/01 berasal dari Britain ditemui di 70 negara di dunia.

WHO juga menyebut terdapat dua lagi jenis varian baharu Covid-19, satu daripadanya 501Y.V2 ditemui pertama kali di Afrika Selatan dan tersebar ke 31 negara.

Virus varian baharu ini didapati “kurang terpengaruh pada peneutralan antibodi” dan ia dikhuatiri menimbulkan risiko jangkitan berulang apabila vaksin sedia ada dikhuatiri tidak berkesan menentangnya.

Sementara itu, WHO turut menyebut varian ketiga virus Covid-19 iaitu P1 ditemui tersebar di Brazil dan menyebar di lapan negara.

P1 itu turut menyebabkan penyakit yang parah.