TEHERAN: Ketua Staf Presiden Iran Hassan Rouhani, Mahmoud Vaezi berkata, cadangan Israel menyerang Iran adalah perang saraf semata-mata.

Pada Selasa, Ketua Tentera Israel Jenderal Aviv Kochavi mengaku memerintah pihaknya bersedia untuk rancangan menyerang Iran melawan keupayaan Iran membangunkan kuasa nuklear.

Bagaimanapun, Vaezi berjanji mempertahankan Iran jika ia berlaku.

“Kami tidak berniat berperang, tapi kami serius membela negara,” kata Vaezi pada Rabu menurut AFP.

Israel menuduh Iran membangun bom nuklear, selain kerap menyerang tentera pro-Iran di Lubnan, Syria dan Gaza.

Vaezi turut menjelaskan bahawa ujian peluru berpandu dan dron Iran baru-baru ini sekadar latihan angkatan bersenjata.

Sebelum ini, selepas pelantikan seminggu Joe Biden sebagai Presiden AS, beliau berhasrat membuka kembali dialog dengan Iran.

Hal ini mencetuskan rasa tidak puas hati Tel Aviv.
“Kesepakatan apa pun yang menyerupai Perjanjian Nuklear 2015 adalah hal buruk, baik secara strategis mahupun operasional,” kata Kochavi dan mahu Iran terus ditekan mengelak ia membangunkan senjata nuklear.