
Dunia telah menyaksikan lebih 101 juta kes jangkitan daripada Covid-19 setakat pagi Khamis.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan angka kumulatif global kini berjumlah 101, 411,716 kes jangkitan.
Ini termasuk lebih 590,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 26.16 juta kes.
Ini diikuti India dengan 10.70 juta kes dan Brazil dengan 9 juta kes.
Negara yang melepasi angka tiga juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih dua juta kes.
Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Belanda, Czechia, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
