Angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melepasi 2.18 juta kes.

Ini termasuk lebih 16,000 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Berdasarkan data  Worldometers, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 439,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 220, ,000 kes, India lebi h153,000 kematian  dan Mexico pula merekodkan lebih 152,000  kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.