KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut tersepit pada sebuah lif ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah pangsapuri pusat beli-belah di sini.

Mangsa dikenali sebagai Sukardi Kasim, 39 tahun disahkan oleh meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.56 pagi tadi.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat dengan seramai sembilan anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Komander Operasi melaporkan seorang mangsa tersepit ketika melakukan kerja menyelenggara lif.

“Pihak bomba dibantu oleh pihak pengurusan bangunan untuk mengeluarkan mangsa,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.