TATAU: Petugas barisan hadapan terus mendapat perhatian daripada masyarakat setempat apabila Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) turut menyalurkan bantuan makanan kepada mereka.

Terbaru, KMKK Daerah Tatau turut menyerahkan sumbangan makanan berupa pelitup muka, air mineral dan minuman 100 plus.

Menurut wakilnya, Pemanca Gerosen sumbangan tersebut adalah untuk menghargai sumbangan petugas barisan hadapan yang bertugas terutamanya dalam mengadakan sekatan jalan raya selama 24 jam tanpa mengira penat lelah.

Sekatan tersebut adalah sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19 semasa di Sarawak.

Terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang komited dalam menjaga keselamatan penduduk siang dan malam.

Katanya, selepas menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau pada Rabu.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Tatau DSP Dennis Bunyam dan Penghulu Sanok Magai.