KETIKA seluruh umat manusia bertarung menghadapi pandemik Covid-19, terdapat penyakit berjangkit berbahaya iaitu Ebola yang pernah mengganas pada 2018. Ebola ialah sejenis penyakit yang mudah berjangkit disebabkan virus dikenali sebagai Zaire ebolavirus.

Dikatakan hampir 90 peratus, pesakit yang dijangkit Ebola pasti maut kerana kejutan dan kehilangan darah yang serius. Penyakit wabak ini pertama kali dijumpai pada 1974 di Sungai Ebola, Congo dan mula merebak di sekitar negara tersebut.

Saintis masih lagi mengkaji punca Ebola tetapi mereka berpendapat kelawar menjadi punca penyakit tersebut berdasarkan uji kaji dilakukan.

Penyakit wabak ini pertama kali dijumpai pada 1974 di Sungai Ebola, Congo dan mula merebak di sekitar negara tersebut. Saintis masih lagi mengkaji punca Ebola tetapi mereka berpendapat kelawar menjadi punca penyakit tersebut berdasarkan uji kaji dilakukan.

Penyakit ini merebak daripada kelawar dan menjangkiti haiwan seperti monyet, beruk, babi dan akhir sekali manusia.

Dikatakan virus Ebola merebak sama ada melalui air liur pesakit atau mayat mangsa wabak tersebut.

Selain itu, seseorang juga dapat dijangkiti sekiranya sentuh manamana bahagian badan pesakit Ebola.

Malah, seseorang itu dapat dijangkiti melalui hubungan seksual dengan pesakit Ebola.

Terdapat juga kes dilaporkan beberapa daging haiwan seperti babi turut dicemari virus Ebola