JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melepasi sudah mencecah 100  juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini sebanyak 100, 809,750.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 26  juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.69 juta kes dan Brazil dengan 8.93  juta kes manakala  Rusia 3.75 juta kes, United Kingdom 3.68 juta kes dan Perancis 3,07 juta kes.

Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih dua juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru dan Indonesia pula antara negara yang mempunyai lebih 1 juta kes positif