JAKARTA: Rekod harian yang dicatatkan di Indonesia adalah di atas 10,000 kes dalam dua minggu terakhir, sementara kemudahan kesihatan “hampir lumpuh” dengan sejumlah orang yang dinyatakan positif Covid-19 mengaku sukar mendapat rawatan, lapor BBC Indonesia.

Indonesia melangkaui kes sejuta  dijangkiti Covid-19 pada Selasa, manakala yang terkorban adalah lebih daripada 28,000 kes.

Susulan itu, kat5a BBC lagi, kerajaan terpaksa menambah kawasan perkuburan umum kerana yang tersedia tidak lagi mampu menampung.

“Di sisi lain, kadar positif di Indonesia hampir mencapai 30 peratus, jauh melampaui standard Pertubuhan Kesihatan Sediuna (WHO) sebanyak 5 peratus. Maksudnya, satu daripada tiga orang yang diuji dinyatakan positif Covid-19,” katanya sambil menambah ramai warga yang mulai mengabaikan protokol kesihatan.

BBC  yang memetik pakar epidemiologi berkata, Jawa sudah memasuki masa kritis dan menjangkakan Indonesia akan berdepan masa kritis dua bulan akan datang.

Beliau dipetik berkata, kes yang terjadi ketika ini sebenarnya tiga kali ganda daripada data rasmi kerajaan.

Seorang lagi pakar yang dipetik mejangkakan  Indonesia akan terus mengalami trend peningkatan kes Covid-19 dengan puncaknya terjadi pada bulan Julai, yang akan memperberat beban kemudahan kesihatan dan tenaga perubatan.