RIYADH: Pertahanan udara kerajaan Arab Saudi menggagalkan serangan Houthi dari Yaman ke atas warga awam di Riyadh pada Sabtu lepas.

Memetik Arab News, Kementerian Luar AS menganggap serangan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa dan merosakkan usaha perdamaian dan kestabilan.

AS berkata ketika mereka berusaha mengamankan Yaman, pihaknya perlu melindungi sekutunya Arab Saudi daripada serangan musuh.

Britain turut mengutuk serangan tersebut menyebutnya merosak perdamaian wilayah.

Kerajaan Arab Saudi yang memerangi gerakan Houthi, Yaman mengaku menggagalkan serangan dron terhadap ibu kota Riyadh dan ke atas kapal yang sarat dengan bahan peledak di selatan Laut Merah.

Houthi yang disokong Syiah Iran pernah menggulingkan pemimpin didakwa proksi Saudi 2015, membantah terlibat atas serangan berkenaan.

Bagaimanapun sebuah kelompok tidak terkenal menyebut dirinya sebagai Alwiya Alwaad Alhaq mengeluarkan kenyataan melalui Telegram mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.