Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 99.75 juta kes.

Data terbaharu Worldometers  turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.70 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.66 juta kes dan Brazil dengan 8.84 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka tiga juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.

Itali, Sepanyol, Turki, Jerman dan Colombia mencatat melebihi dua juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.