KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti komited dalam memastikan isu bekalan air yang  dihadapi penduduk di 12 buah kampung dalam kawasan Puncak Borneo ekoran masalah teknikal pada sistem agihan  akan ditangani segera sehingga mengakibatkan bekalan air tidak dapat sampai ke kawasan yang tinggi.

Kampung yang  terjejas ialah Kpg Jambu, Kpg. Karu, Kpg. Sarig, Kpg. Simpok, Kpg. Tabuan Rabak, Kpg Sira, Kpg Gayu, Kpg Serumah, Kpg. Krian, Kpg Peraya, Kpg. Kawa Belimbing, dan Kpg. Belimbing Islam.

Menurut Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), masalah teknikal pada sistem agihan di kawasan seliaan pihak Lembaga Air Kuching (LAK) merupakan faktor utama tekanan dan jumlah air dibekalkan berkurangan dan mengakibatkan bekalan air tidak dapat sampai ke kawasan yang tinggi.

Katanya, walaupun kawasan tersebut adalah di bawah seliaan pihaknya, namun sumber bekalan air adalah dari Stesen Pam Penggalak Nombor 2, Batu 10 yang dikendalikan LAK.

“Buat masa ini, phak JBALB Sarawak dan LAK sedang berusaha mencari punca dan penyelesaian kepada kemelut bekalan air ini,” kata JBALB dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu lagi, pihaknya kan terus membuat penghantaran bekalan air menggunakan lori tanker ke kawasan yang terjejas sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.