KUCHING: Daerah Song dan Betong bertukar  status dari status hijau ke jingga setelah mencatatkan sejumlah 55  kes, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS dalam satu kenyataan hari ini berkata,  Song mempunyai 27 ke dan Betong 28 kes kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Tatau pula telah bertukar status dari status hijau kes  status kuning setelah satu kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, daerah Kuching ,Sibu, Miri, Beluru dan Kanowit kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,662 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima buah daerah ini  dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Bintulu, Sebauh dan Dalat juga kekal berstatus jingga dengan 111 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” ujarnya.

Darah berstatus kuning antaranya ialah Bukit mabong, Bau, Serian, Sibis, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Siomunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan, Sri Aman dengan jumlah keseluruhan 81 kes jangkitan tempatan dilaporkoan dalam tempoh 14 hari lepas.

Katanya lagi, 12 daerah yang lain kekal berstatus hijau.