KUCHING: Jumlah kes Covid-19 yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital di negeri ini  ialah sebanyak 1,647 orang, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Menurut JPBNS dalam satu kenyataan hari ini, sebanyak 1,085 kes di Hospital Sibu, 294 kes di Hospital Miri, 154 kes di Hospital Umum Sarawak, 83 kes  di Hospital Bintulu, 30 kes di Hospital Kapit, dan satu kes di Hospital Limbang.

Terdapat dua kes kematian direkodkan hari ini, seorang lelaki berusia 92 tahun dan wanita berusia 53 tahun.

“Dengan penambahan dua kes baharu kematian di Sarawak telah meningkat kepada sebanyak 28 orang atau 0.83 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19,” katanya.