KUCHING: Terdapat 255 kes positif Covid-19 dan dua kematian direkodkan di Sarawak hari ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS), Sibu mencatatkasn 71 kes, Miri (57), Kanowit (30), Soing (27), Betong (14), Dalat (9), Bintulu (9), Serian (8), Subis(8), Sarikei (5), Matu (5), Kapit (3), Sebauh (3), Kuching dan Beluru masing-masing dua, serta Bukit Mabong dan Tatau masing-masing dua kes.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kos positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 3,379 kes,” kata kenyataan itu lagi.

Dengan dua kematian terbaharu itu, jumlah keseluruhan kematian setakat ini ialah 28 kes sejak virus maut itu dikesan di negeri ini Mac lalu.

“Kes kematian ke-27 merupakan kes ke-2,963 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 53 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Sibu pada 23 Januari 2021,” katanya lagi.

Kes ini, jelasnya, mengalami kesukaran bernafas dan seterusnya dimasukkan tiub bagi bantuan pernafasan.

“Kes telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu pada 20 jan 11.47 malam,” jelasnya lagi.

Kata kenyataan itu, kes kematian ke-28 ialah kes ke-2,675 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 91 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu pada 16.

“Kes telah disahkan meninggal dunia pada 23 Jan 2021 jam 4.31 pagi di Hospital Sibu,” katanya.

Kes ini, jelasnya, mempunyai komorbid, iaitu penyakit  darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Katnya, kes ini adalah daripada Kluster Pasai.