KUCHING: Daerah  Bintulu bertukar dari status kuning ke jingga setelah merekodkan sebanyak 29 kes dalam tempoh 14 haru lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (PBNS), daerah Bau pula bertukar status dari  hijau ke kuning setelah satu kes baharu dilaporkan di daerah ini, menjadikan  sejumlah satu kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Kuching,  Sibu, Miri, Beluru dan Kanowit kekal berstatus merah dengan sejumlah 1,512 kes jangkitan tempatan dilaporkan di lima buah daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas,” kata JPBNS dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, daerah Sebauh dan Dalat juga kekal bertatus jingga dengan 62 kes jangkitan  tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Daro, Pakan, Serian, Subis, Belaga, Betong, Meradong, Julau, Kapit, Simunjanh, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 82 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya lagi.

Kata kenyataan itu, 14 daerah lain kekal berstatus hijau.

Hari ini Sarawak merekodkan  193 kes positif Covid-19 dengan dua kematian.