Tuesday, May 11, 2021

Biden batal tiga program besar Trump

Mesti baca

WASHINGTON: Sebaik sahaja mengambil alih jawatan Presiden AS daripada Donald Trump, Presiden Joe Biden mengemukakan keputusan baharu sekali gus membatalkan beberapa program mantan presiden Trump yang lepas.

Memetik Associated Press pada Khamis, tiga program utama yang kembali diterapkan Biden ialah kewajiban penggunaan pelitup muka, kembali kepada Perjanjian Iklim Paris dan membatalkan program Trump berkaitan pendatang khususnya berkaitan sekatan masuk dari negara majoriti Muslim.

Biden turut memerintahkan AS segera bergabung dengan WHO.

Beliau menghantar segera pakar epidemiologo, Dr. Anthony Fauci sebagai wakil AS menyampaikan ucapan di WHO.

Selain itu, Biden berjanji menghentikan segera pembiayaan projek tembok penghalang Trump, di sepanjang sempadan AS-Mexico.

Lada Rabu, Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden AS di hadapan Ketua Mahkamah Agung John Roberts.

Manakala, Kamala Harris mengangkat sumpah di hadapan Hakim Agung Sonia Sotomayor.

Secara Rawak

Artikel Terbaru