SEBUYAU: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sarawak bersama penduduk Sebuyau berganding bahu mengadakan gotong-royong membersihkan Dewan Pembangunan Sebuyau yang diseliputi lumpur selepas dilanda banjir baru-baru ini.

Kerja-kerja pembersihan yang bermula kira-kira jam 2.30 petang Selasa telah disertai seramai 30 anggota RELA termasuk Timbalan Pengarahnya, Mohd Syafiq Fadzil.

Aktiviti gotong-royong tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh para penduduk setempat bagi membersihkan kawasan dewan yang terjejas akibat banjir.