KUCHING: Pelaksanaan operasi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di lapangan di Sarawak ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ini susulan Sarawak kini masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 18 Januari lepas.

Penanggguhan pelaksanaan banci di lapangan itu juga bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID-19 diputuskan.