MELUAN: Kontraktor Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) akan mengambil tindakan segera bagi membaiki jalan empat buah rumah panjang di Ulu Entaih yang rosak teruk akibat musim tengkujuh.

Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin meninjau masalah tersebut di jalan Rumah Sumping, Rumah Omar, Rumah Meru dan Rumah Awar di Ulu Entaih pada Isnin.

Beliau telah mencadangkan pihak berkaitan menyelesaikan masalah itu dengan segera termasuk mengambil tindakan awal yang sepatutnya.

Sebelum ini beliau juga melakukan tinjauan ke atas jalan yang sama pada 22 Disember 2020 dan penyelesaian sementara telah diambil.