NEW YORK: Setiausaha Jenderal PBB Antonio Guterres dalam kenyataan pada Selasa mendesak rejim Israel menghentikan rancangan mendirikan 780 rumah baharu di Tebing Barat, Palestin.

Antonio menyifatkan, keputusan Israel itu menghambat pencapaian solusi dua negara dan perdamaian Timur Tengah.

Malah menurut beliau, pembangunan pemukiman Israel di wilayah diduduki sejak 1967, termasuk Baitulmuqaddis Timur melanggar undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pembangunan 780 rumah di Tebing Barat, dua hari sebelum Presiden Donald Trump keluar dari Rumah Putih

Menurut AFP, setakat ini Israel sudah mendirikan 450,000 bangunan di Tebing Barat.