KUCHING: Sarawak mencatat sebanyak 203 kes positif Covid-19 hari ini, sekali gus menjadi jumlah tertinggi setakat ini.

Daerah Sibu terus menyumbang kes tertinggi sebanyak 120, diikuti Kanowit (43), Kuching (12), Betong (8), Bintulu (5), Samarahan (5), Miri (4), Dalat (3), Kapit (1), Pakan (1) dan Serian (1).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 2,570 kes.

Sebelum ini, kes tertinggi direkodkan pada 14 Januari lalu iaitu sebanyak 180 kes.

Sementara, terdapat dua kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sibu.

Manakala terdapat tiga kes di Hospital Sibu, satu kes di Hospital Umum Sarawak dan satu kes di Hospital Miri yang memerlukan bantuan peralatan tetapi dalam keadaan stabil.

Sebanyak 204 individu dalam siasatan (PUI) baru telah dilaporkan dan tiga PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.