JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 96.5  juta kes.

Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Angka kematian sudah melepasi 2.06 juta kes sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019.

Data terbaharu Worldometers  turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.8  juta kes dengan lebih 411,000 kematian.

Dari segi kematian, Brazil mencatat lebih 211,000 kes manakala India lebih 152,000 kes.

Dua negara, Rusia dan United Kingdom kini melangkaui tiga  juta kes jangkitan.

Manakala negara yang melepasi angka dua juta kes jangkitan  ialah Perancis, Turki, Itali dan Sepanyol dan Jerman.

Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Bangladesh, Sweden dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Dari segi kematian, Brazil berada di tangga kedua selepas Amerika Syarikat dengan lebih 209,000 kes, diikuti  India lebih 152,000 kes.