KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Serian kekal seramai 325 orang, setakat jam 4 petang tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua mangsa daripada 93 mangsa itu masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Tanah Puteh.
Ia sekali gus menunjukkan keadaan banjir di seluruh Sarawak semakin pulih apabila tiada penambahan mangsa banjir atau PPS sejak malam tadi.