Sunday, June 26, 2022

156 kes positif di Sarawak hari ini

Secara Rawak

LAPORAN HARIAN

Hari ini, terdapat 156 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (65), Miri (28), Kanowit (24), Beluru (15), Sarikei (10), Sebauh (3), Kuching (2), Bintulu (2), Subis (2), Dalat (1), Belaga (1), Meradong (1), Samarahan (1) dan Daro (1)]. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 2,367 kes.

Kes Baharu COVID-19 I. Daerah Sibu (65 Kes)

33 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

26 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu yang menjalani saringan ke pusat-pusat kesihatan di Daerah Sibu.

6 kes saringan petugas kesihatan yang dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Daerah Miri (28 Kes)

10 kes individu yang disaring kerana mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

6 kes yang melibatkan Kluster Rakut.

5 kes yang melibatkan Kluster Jelita.

5 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

1 kes yang melibatkan Kluster Bah Sayap.

1 kes saringan individu datang dari kawasan berisiko jangkitan COVID-19 melibatan warga tempatan (Kuala Lumpur). Kes dikategorikan sebagai kes Import B.

Daerah Kanowit (24 Kes)

23 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

1 kes saringan individu yang pulang dari kawasan berisiko jangkitan COVID-19 melibatkan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B.

IV. Daerah Beluru (15 Kes)

15 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

V. Daerah Sarikei (10 Kes)

10 kes yang melibatkan kes Kluster Pasai.

VI. Daerah Sebauh (3 Kes)

2 kes yang melibatkan Kluster Bukit Sekubong.

1 kes saringan individu yang dikesan melalui saringan komuniti yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

VII. Daerah Kuching (2 Kes)

1 kes yang melibatkan Kluster Keranji Tabuan.

1 kes individu yang disaring kerana mempunyai tanda dan gejala jangkitan COVID-19.

VIII. Daerah Bintulu (2 Kes)

1 kes saringan individu yang balik dari kawasan berisiko jangkitan COVID-19 melibatan warga tempatan (Sarawak). Kes dikategorikan sebagai kes Import B.

1 kes saringan individu bergejala. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

IX. Daerah Subis (2 Kes)

2 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

X.  Daerah Dalat (1 Kes)

1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.

XI. Daerah Belaga (1 Kes)

a)  1 kes yang  melibatkan Kluster Pasai.

XII. Daerah Meradong (1 Kes)

1 kes saringan individu bergejala. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

XIII. Daerah Samarahan (1 Kes)

1 kes individu yang disaring kerana mempunyai tanda dan gejala jangkitan COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.

XIV. Daerah Daro (1 Kes)

1 kes yang melibatkan Kluster Pasai. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari Sibu.

Klsuter Baharu: Kluster Rakut, Miri.

Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan satu (1) kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Rakut yang melibatkan hanya Daerah Miri, Sarawak. Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-1,740 yang telah dikesan melalui saringan kontak kepada kes positif COVID-19 pada 12 Januari 2021. Hasil pengesanan secara aktif kontak-kontak kepada kes ini, sembilan (9) lagi kes telah dikesan termasuk enam (6) kes baharu pada hari ini. Sehingga 19 Januari 2021, jam 12:00 tengah hari, seramai 33 individu telah disaring, dimana:

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

C. Kluster Yang Masih Aktif.

Hari ini lapan (8) kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:

I. Kluster Rakut, Miri : hari ini terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan. Sejumlah 33 individu telah disaring, dimana tujuh (7) negative dan 16 masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : terdapat penambahan dua

(2) kes hari ini menjadikan umlah keseluruhan meningkat kepada 26 kes. Sejumlah 260 individu telah disaring, dimana 219 negatif dan 15 masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Jelita, Miri : terdapat penambahan lima (5) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 33 kes. Sejumlah 150 individu telah disaring, dimana 110 negatif dan tujuh (7) masih menunggu keputusan makmal.

IV. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 90 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 754 kes. Sejumlah 4,250 individu telah disaring, dimana 2,500 negatif dan 996 masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Keranji Tabuan, Kuching : terdapat penambahan satu

(1) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

VI. Kluster Bah Sayap, Miri : terdapat penambahan satu (1) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 91 kes. Sejumlah 750 individu telah disaring, dimana 634 negatif dan 25 masih menunggu keputusan makmal.

VII. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 40 kes. Sejumlah 550 individu telah disaring dimana 510 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

VIII. Kluster Mador, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal lapan (8) kes. Sejumlah 1,238 individu telah disaring, dimana 1,230 negatif.

D. Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Pengasingan Hospital

Terdapat 19 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Miri (7), Hospital Umum Sarawak (6) dan Hospital Sibu (6). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 1,199 orang atau 50.65% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 1,147 orang iaitu:

699 kes di Hospital Sibu;

278 kes di Hospital Miri;

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

114 kes di Hospital Umum Sarawak;

55 kes di Hospital Bintulu; dan

1 di Hospital Limbang.

Hari ini, 159 PUI baru telah dilaporkan dan 14 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.

Hari ini, Daerah Kanowit telah bertukar status dari status Kuning kepada status Jingga setelah sejumlah 29 kes dikesan melibatkan kes jangkitan tempatan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Subis di Bahagian Miri dan Belaga di Bahagian Kapit pula telah bertukar status dari Hijau kepada status Kuning

setelah sejumlah tujuh (3) kes baharu dikesan melibatkan kes jangkitan tempatan dikesan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Sibu, Miri dan Beluru kekal berstatus Merah dengan sejumlah 905 kes jangkitan tempatan dilaporkan di empat (4) daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sebauh juga kekal berstatus Jingga dengan 27 kes jangkitan tempatan.

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

Daerah Betong, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Dalat, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Bintulu, Limbang dan Kanowit kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 79 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 17 daerah lain kekal berstatus Hijau.

LAPORAN NOTIS KOMPAUN/AMARAN/SITAAN/TANGKAPAN Pihak PDRM telah menangkap dua (2) orang di Kuching. Tangkapan pertama adalah seorang lelaki warganegara China di Kuching kerana menyediakan sebuah bilik karaoke di pusat Refleksologi dan tangkapan kedua adalah seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Manakala sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan di daerah Samarahan (6), Padawan (4), Sibu (1) dan Miri (1) kerana telah melanggar SOP.

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 136 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu DBKU (49), MPP (31), SMC (30), MD Serian (8), MBKS (7), MDDM (5), MD Marudi (4) dan BDA (2).

Kenyataan Media JPBN Bil 19/2021

3. LAPORAN OP BENTENG

Pihak ATM telah membuat penahanan dua (2) buah lori berserta barangan yang cuba diseludup keluar pada 18 Januari 2021 di Serikin. Hasil pemeriksaan mendapati lori-lori tersebut telah membawa pelbagai muatan barangan keperluan harian dan makanan. Nilai anggaran keseluruhan barang yang ditahan termasuk dua (2) buah lori sejumlah RM 162,480.00.

Manakala dua (2) lelaki yang menaiki motosikal juga telah ditahan semasa sekatan jalan raya dan disyaki daripada kumpulan yang sama dengan dua (2) buah lori yang ditahan.

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK 19 JANUARI 2021

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru