KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan  berkata, bekas Ketua Hakim Negara, bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) serta bekas Ketua Polis Negara (KPN) adalah antara individu yang bakal dilantik menganggotai Jawatankuasa Teknikal Pengurusan  Darurat.

Selain itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu,  yang lain adalah  beberapa tokoh dalam bidang keselamatan, pertahanan, badan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis sosial sudah dinamakan oleh kerajaan untuk diperkenan dan dilantik oleh Seri Paduka.

Katanya, penubuhan jawatankuasa khas itu menunjukkan bahawa kerajaan amat berhasrat supaya pelaksanaan darurat ini dilihat secara telus.

“Saya juga perlu menyatakan bahawa jawatankuasa ini adalah cadangan dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kerajaan sendiri kepada Agong dan apabila dikemukakan ini, Seri Paduka bersetuju dan memberi perkenan,” katanya.

Beliau berkata cdeemikian dalam program Bicara Naratif: Proklamasi Darurat Dalam Perlembagaan terbitan RTM di sini, malam tadi.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan secara bersama oleh Takiyuddin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Jawtankuasa itu di umumkan oleh Perdana Menteri ketika mengumumkan

12 Januari lalu, Seri Paduka Baginda berkenan supaya Pengisytiharan Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala pandemik Covid-19.

Semalam Takiyuddin  berkata, beliau masih belum menerima senarai berkenaan walaupun sudah meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian.