WILMINGTON: Biden menjawat jawatan Presiden AS rasmi pada 20 Januari, Rabu ini mengambil alihnya daripada Donald Trump yang kalah Pilihan Raya Presiden November tahun lepas.

Biden mempertahankan kedudukan Dr. Anthony Fauci sebagai Ketua Penasihat Kesihatan pandemik Covid-19 AS.

Selain menggantikan Menteri Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan dipegang oleh mantan jaksa agung California Xavier Becerra.

Manakala Rochelle Walensky sebagai Ketua Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Biden menyasarkan menjelang 100 hari pemerintahannya, beliau memastikan 100 juta orang mernerima vaksin menangani pandemik Covid-19.

Biden meminta Kongres meluluskan dana sepenuhnya bagi penghantaran vaksin ke seluruh pelosok AS.

Mengembalikan murid dan pelajar ke sekolah menjadi keutamaan Biden dan menggesa rakyat AS mengutamakan pemakaian pelitup muka sepanjang 100 hari terawal pemerintahannya.

AS pada kedudukan teratas carta positif jangkitan Covid-19 iaitu lebih 24.3 juta dengan lebih 405,000 kematian.