Setakat pagi ini jumlah kes ialah 94,926,143 kes jangkitan.

Menurut angka Worldometers, jumlah kematian pula  melebihi 2 juta.

Jumlah yang sembuh telah mencecah 65 juta.

Sejak virus maut itu melanda Wuhan, China pada akhir tahun 2019, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian  dan jangkitan tertinggi.

Jumlah kematian di negara Uncle Sam itu telah melebihi 405,000 kes manakala angka jangkitan melebihi 24 juta.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 209,000 kes kematian, India lebih 152,000 kematian dan Mexico pula merekodkan lebih 139,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Colombia, Argentina, Jerman, Peru, Afrika Selatan dan Poland.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium antara negara merekodkan lebih 20,000 kematian.