SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah,Datuk Roland Sagah Wee Inn bersama Team Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Serian baru-baru ini melawat ke 2 lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan DUN Tarat.

Dalam lawatan itu, Datuk Roland yang juga ADUN Tarat telah menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir, melibatkan 53 buah keluarga di PPS Dewan Kampung Lintang Baru, manakala 70 buah keluarga di PPS Sk Tanah Puteh, Serian.

Sejurus selepas itu, beliau dan rombongan meneruskan tinjauan menggunakan bot ke jalan masuk Kampung Maang yang telah ditenggelami air.

Bantuan makanan juga diberikan kepada penduduk yang terjejas yang mana rata-rata menumpang rumah saudara mara masing-masing yang tinggal di kawasan tinggi.