Sunday, January 23, 2022

Virus maut terus mencari mangsa terbaharu: 2 juta telah pergi

Secara Rawak

ANGKA kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 2 juta kes hingga pagi Sabtu.

Manakala jumlah jangkitan keseluruhan menurut angka Worldometers telah melebihi 94 juta.

Sejak virus maut itu melanda Wuhan, China pada akhir tahun 2019, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian  dan jangkitan tertinggi.

Jumlah kematian di negara Uncle Sam itu telah melebihi 401,000   kes manakala angka jangkitan melebihi 24 juta.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 208,000 kes kematian, India lebih 152,000 kematian dan Mexico pula merekodkan lebih 137,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Colombia, Argentina, Jerman, Peru, Afrika Selatan dan Poland.

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium antara negara merekodkan lebih 20,000 kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru