
KUCHING: Konsep akses tanpa wayar kekal (FWA) membabitkan pemasangan tulang belakang gentian optik di 150 menara baharu dan sedia ada di kawasan pinggir dan luar bandar dijangka siap sepenuhnya penghujung Februari tahun ini.
Menurut Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Dr Zaidi Razak, setiap projek berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pelan perancangan untuk membangunkan 1,236 menara telekomunikasi di Sarawak tahun ini berjalan lancar.
Jelasnya, SMA turut yakin projek-projek ini akan diteruskan meskipun negara berdepan ancaman pandemik Covid-19 agar
“Oleh itu, kami memohon kerjasama diberikan oleh pemegang taruh awam dan swasta bagi memastikan kelancaran projek telekomunikasi terbabit demi memenuhi keperluan perhubungan antara masyarakat yang kian mendesak,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu kata Zaidi, penduduk di 60 lokasi di Jalan Sebauh, Bintulu akan menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi tetap dengan pemasangan kabel gentian optik 130 km dan pelancaran perkhidmatan ini dijadualkan pada suku kedua 2021.
