DHAKA: Kebakaran pada Khamis lepas memusnahkan 550 bangunan, 150 kedai dan kemudahan awam di kem pelarian Rohingya di selatan Bangladesh.

Memetik Reuters, UNHCR mengesahkan 3,500 pelarian Rohingya kehilangan tempat tinggal di Kem Nayapara.

UNHCR memberi bantuan darurat, berupa khemah, bahan bangunan, pakaian musim dingin, makanan dan ubatan kepada mangsa.

Lebih 1 juta Rohingya mendiami wilayah Cox Bazar di Bangladesh sejak 2017, lari daripada mangsa genosid dan keganasan Myanmar.

Setakat ini, Bangladesh sempat memindahkan sebahagian pelarian Rohingya ke pulau terpencil.