PBB: Menolak permintaan WHO, Israel enggan membantu untuk membahagikan vaksin Covid-19 kepada petugas kesihatan Palestin.

Memetik Reuters, Israel memberi alasan persediaan vaksin mereka tidak mampu membantu 8, 000 petugas perubatan Palestin.

Sebelum itu Palestin pernah memohon secara rasmi kepada Israel agar membekalkan mereka 10,000 dos vaksin untuk keperluaan tenaga medis atas alasan pesanan vaksin bantuan WHO dan yang dibeli daripada beberapa syarikat farmasi belum tiba.

Kementerian Luar Palestin mengecam sikap yang dianggap sebagai diskriminasi ras terhadap rakyat Palestin berkenaan dan menganggap Israel tidak sewenang-wenangnya bersikap lepas tangan.

Setakat ini, vaksin Israel dilaporkan mencukupi untuk keperluan rakyatnya ketika Palestin merekodkan leboh 165,000 kes positif Covid-19 dengan lebih 1,700 maut.

Menteri Kesihatan Israel Yuli Edelstein memperkecil permohonan Palestin dengan mengatakan mereka sudah membantu Palestin sejak awal pandemik dengan menghulurkan bantuan peralatan kesihatan, ubat dan nasihat pakar.

Israel dikritik banyak pihak kerana mengabaikan penduduk Palestin di Tebing Barat, jajahan Israel termasuk kebajikan tahanan.