DELHI: India memulakan program vaksinasi Covid-19 terbesar di dunia melibatkan 300,000 penduduk hari ini.

India negara populasi kedua terbesar dunia dengan penduduk 1.3 bilion sedia menyuntik 300 juta penduduknya sehingga menjelang Julai akan datang.

Kumpulan barisan depan seperti petugas kesihatan antara yang menerima suntikan vaksin berkenaan.

Perdana Menteri India Narendra Modi melancarkan program tersebut secara virtual.

India mempunyai sistem kesihatan antara yang terlemah di dunia merekodkan 10.5 juta kes positif Covid-19 kedua tertinggi di dunia dengan kematian lebih 152,000.

India menggunakan vaksin Covaxin, Covishield, AstraZeneca/ Oxford.