Saturday, December 4, 2021

Siapa sebenarnya diktator: Muhyiddin atau Mahathir?

Secara Rawak

Siapa sebenarnya diktator atau kuku besi?

Kalau ditanya Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang),  Tun Dr Mahathir Mohamad,  Tan Sri   Muhyiddin Yassin ialah  seorang diktator.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata,Perdana Menteri  ialah seorang diktator kerana menguatkuasakan darurat supaya beliau boleh terus berkuasa.

Bekas perdana menteri itu berkata Muhyiddin terdesak mengekalkan kuasanya hingga menyebabkan beliau memilih darurat untuk menangani pandemik Covid-19, walaupun sudah pun melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Dr Mahathir, penguatkuasaan darurat itu dibuat bagi membolehkan Perdana Menteri terus berkuasa.

“Darurat digunakan untuk menghapuskan demokrasi untuk memberi Muhyiddin kuasa penuh tanpa pendapat orang lain. Beliau tidak melakukan banyak perkara untuk memerintah negara,” katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar  mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat apabila mendakwa, Dr Mahathir sebagai ‘bekas diktator’  ketika diwawancara oleh akhbar Singapura pada awal Mac 2019, iaitu tidak lama selepas Kerajaan PH tumbang.

Apa maksudnya diktator?  Diktator merujuk kepada pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut per­lem­bagaan dan menggunakannya secara zalim ke atas rakyat negara yang diperintah oleh seorang dan  jarang mempunyai kebebasan asasi.

Pemimpin diktator sering menggunakan kekerasan dan penganiayaan kepada rakyatnya sering menindas musuh-musuh politik agar sentiasa berkuasa mutlak memerintah negara.

Antara diktator dunia ialah Adolf Hitler, Joseph Stalin, Pol Pot, Idi Amin, Pinocet, Duvalier,  dan Franco.

Banyak tesis di peringkat kedoktoran dan sarjana menghuraikan Tun Dr Mahathir sebagai seorang diktator.

Antara tesis kedoktoran tersebut adalah tesis Tan Sri Dr Rais Yatim bertajuk “The Rule Of Law And Executive Power In Malaysia: A Study Of Executive Supremacy” dari King’s College, London, pada 1994 dan tesis In-Won Hwang bertajuk “Changing Conflict Configurations And Regime Maintenance In Malaysian Politics: From Consociational Bargaining To Mahathir’s Dominance” dari Australian National University, Canberra, pada 2001.

Menurut penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff, bahawa Tun Dr Mahathir adalah seorang diktator bukan sahaja dinyatakan oleh para pemimpin parti pembangkang yang menerima layanan teruk daripada beliau sepanjang pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi juga oleh para pemimpin yang pernah berdamping rapat dengan beliau di dalam Umno dan di dalam kerajaan, termasuklah Tun Musa Hitam, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita mengorbankan demokrasi untuk berikan beliau kuasa penuh… buat apa beliau suka. Beliau dalam erti kata sebegitu adalah seorang diktator,’ katanya dalamemu bual bersama stesen radio BFM pada Jumaat.

Dr Mahathir lupa bahawa dia juga pernah dicap sebagai diktator oleh dunia ketika memerintah selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

“Ia sejenis pemerintahan diktator di mana rakyat tidak boleh bantah dan kita tidak mengikut demokrasi dengan menggunakan darurat untuk beri Muhyiddin kuasa penuh,” katanya lagi.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, tiada keperluan mengisytiharkan darurat kerana Malaysia ada undang-undang tersendiri untuk mengawal pandemik malah keadaan negara ini juga bukanlah di luar kawalan seperti negara lain.

Tegasnya, di negara lain ada yang rakyatnya melakukan protes bagi membantah keputusan kerajaan namun di Malaysia, keadaannya berbeza dan rakyat patuh kepada arahan kerajaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru