Indonesia kini sudah mencatatkan 869,699 kes jangkitan.

Ini sekali gus meletakkan negara 270 juta itu teratas di Asia Tenggara.

Dari segi penarafan dunia, negara 17,000 pulau itu berada di tangga ke-20.

Manakala dari segi jumlah kematian, menurut angka Worldometers ialah 25,246 kes. Dalam tempoh 24 jam terakhir terdapat 295 kematian, dan kelihatannya angka jangkitan dan kematian terus meningkat di sebalik vaksin mulai diterima di negara itu.

Tiga hari lepas, Presiden Jokowi menerima suntikan pertama vaksin di negara itu.

Berada di tangga kedua di Asia Tenggara ialah Filipina dengan lebih 494,000 kes jangkitan.

Angka kematian pula ialah 9,739 kes, termasuk 40 kematian dalam tempoh 24 jam.

Malaysia berada di tangga ke-65 dengan 147,855 kes jangkitan. Semalam 15 kematian direkodkan di negara ini.