Tuesday, June 22, 2021

60 kes di Sarawak hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatatkan penurunan drastik kes positif Covid-19 hari ini dengan 60 kes berbanding 180 kes semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini menjadikan keseluruhan kes positif di Sarawak meningkat kepada 1,980 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 43 kes di kesan di Sibu, diikuti 10 kes di Miri, lima kes di Kuching dan dua kes di Kanowit.

“Bagi Daerah Sibu, Kluster Pasai terus masih mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 41 kes, manakala dua kes dikesan melalui saringan kendiri di fasiliti kesihatan swasta dan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri, lima kes di Daerah Miri
adalah saringan individu bergejala, tiga kes kontak kepada Kluster Pasai, satu kes kontak rapat Kluster Jelita dan satu kes individu datang dari Sabah untuk bekerja.

“Daripada lima kes di Daerah Kuching, dua kes disaring melalui pengesanan secara aktif melibatkan Kluster Pasai, dua kes saringan individu bergejala dan satu kes melibatkan kluster Stutong.

“Sementara dua kes di Kanowit mempunyai kontak kepada kes positif melibatkan Kluster Pasai,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru