KUCHING: Zon utara Sarawak dijangka akan dilanda hujan lebat tahap waspada pada 15 hingga 17 Januari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu notis amaran cuaca buruk berkata, kawasan tersebut melibatkan bahagian Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, notis yang dikeluarkan pada jam 4 petang itu turut meramalkan hujan lebat pada tahap buruk dijangka berterusan di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman sehingga hari ini.

Selain itu, hujan lebat tahap waspada pula dijangka berterusan di Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga tempoh yang sama.